JARANG sekali pelakon wanita hebat, Liyana Jasmay meluahkan kegusaran di dalam hatinya, terutama bersuara tentang industri seni. Mungkin dia lebih suka membuktikan sesuatu menerusi karya yang diterbitkan. Namun, kali ini dia terbuka bercerita tentang diskriminasi terhadap wanita dalam industri seni. Mungkin dilihat remeh bagi segelintir pihak, namun baginya, kewujudan diskriminasi itu mencacatkan kelestarian industri hiburan tanah air. “Kalau nak cakap diskriminasi terhadap wanita, di mana-mana industri atau sektor pun wujud. Selaku pemain industri, saya akui diskriminasi itu memang wujud. Kita sering berdepan isu seperti bodyshaming, itu tak cantik dan ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya