Mas Idayu sah bergelar isteri - Utusan Malaysia

Mas Idayu sah bergelar isteri

MAS Idayu selamat diijabkabul.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi, Mas Idayu, 50, sah bergelar isteri Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Isa, 51, pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah premis acara di Quill City Mall, dekat sini, kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Pasangan tersebut dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd. Hamid, berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.

Majlis pernikahan yang berlangsung penuh bermakna itu dihadiri hampir 100 tetamu, termasuk keluarga dan rakan terdekat.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,001, selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Sementara itu, majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada malam ini.

Mas Idayu yang ditemui selepas selamat bergelar isteri berkata, dia bersyukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar seperti dirancang.

“Selepas 17 tahun hidup solo, akhirnya saya dipertemukan dengan lelaki yang akan menjadi imam kepada keluarga selepas ini.

“Saya bersyukur kerana segala perancangan kami dipermudahkan dan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan kami,” katanya.

Berkongsi mengenai keperibadian suami, Mas Idayu berkata, dia tertarik dengan sifat kelakar yang ada pada lelaki itu.

“Abang Pian ini kalau tengok muka memang garang, tetapi sebenarnya dia kelakar.

“Saya pula jenis suka lelaki kelakar dan pandai melawak, tetapi tidak pula bertemu jodoh dengan pelawak,” katanya berseloroh.

Pasangan itu saling mengenali sejak bekerjasama dalam program Mentor 3 pada 2008, namun mula menjalin hubungan serius pada tahun ini.

Sebelum ini, majlis menghantar tanda diadakan rumah keluarga penyanyi yang mesra disapa ‘Mummy’ itu di Kota Tinggi, Johor, pada Mei lalu.

Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997, tetapi bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya