RIAK wajahnya jelas begitu sugul, menampakkan kekecewaan yang terbungkam di hati ketika tampil mengadakan sesi sidang media khas, malam kelmarin. Noraniza Idris tahu sesi itu perlu dilakukan bagi merungkai kemelut yang membabitkan nama baiknya dalam industri hiburan, apatah lagi, ia dilihat bagaikan saling berkait. Penyanyi berusia 54 tahun ini akhirnya terpaksa akur dengan situasi, selain memutuskan untuk menangguhkan konsert Malai Solo yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya (IB) pada 21 hingga 23 Oktober ini. Umum tahu, selama ini Noraniza begitu mendambakan penganjuran konsert yang disifatkan sebagai persembahan berskala besar pertama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya