Justin Bieber berehat daripada konsert untuk fokus kesihatan - Utusan Malaysia

Justin Bieber berehat daripada konsert untuk fokus kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi antarabangsa, Justin Bieber mengambil keputusan berehat daripada meneruskan siri konsert jelajah, Justin Bieber – Justice World Tour untuk memberi fokus kepada kesihatannya.

Bieber, 28, yang dijadualkan beraksi di Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan akhbar yang dimuat naik di laman Instagram rasminya, pagi tadi.

Penyanyi lagu Never Say Never itu berkata, buat masa ini, dia perlu memberikan fokus kepada kesihatannya selepas terlalu penat, selain diserang strok ringan pada wajahnya, awal tahun ini.

“Awal tahun ini, saya membuat kenyataan secara terbuka mengenai sindrom Ramsay-Hunt yang sedang saya alami. Ia membuatkan separuh wajah saya lumpuh dan kerana masalah kesihatan ini, saya tidak dapat menyelesaikan konsert jelajah Justice Tour di Amerika Utara.

“Selepas berehat dan berbincang dengan doktor, keluarga serta pasukan, saya terbang ke Eropah untuk menyambung konsert jelajah. Saya sempat membuat persembahan di enam lokasi.

“Hujung minggu lalu, saya membuat persembahan di Rock in Rio dan melakukan yang termampu buat peminat di Brazil,” tulisnya.

Namun, Bieber memaklumkan,  selepas persembahan itu, badannya sangat letih dan selepas menimbang pelbagai faktor, dia akur untuk mengutamakan kesihatannya.

“Buat masa ini, saya akan berehat daripada membuat apa-apa konsert jelajah. Saya akan pulih, asalkan diberi masa untuk berehat.

“Saya juga sangat bangga membawakan mesej Justice kepada dunia. Terima kasih untuk doa dan sokongan anda selama ini, saya sayang anda sepenuh hati saya,” katanya.

Terdahulu, Bieber mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah sepanjang 2022 dan 2023. Penyanyi itu turut dijadualkan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Okotober ini, namun keputusan sama ada ia akan diteruskan atau sebaliknya masih belum pasti.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya