Jangan keterlaluan, saya takkan layan - Elizabeth Tan - Utusan Malaysia

Jangan keterlaluan, saya takkan layan – Elizabeth Tan

ELIZABETH Tan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan, 28,  mendedahkan masih berdepan gangguan daripada individu yang tidak dikenali di media sosial, meskipun kebanyakan mereka maklum statusnya sebagai isteri orang.

Penyanyi lagu Semua Sudah itu berkata, kebanyakan gangguan yang bersifat keterlaluan dan tidak bermoral itu dihantar menerusi Direct Message (DM) di Instagram.

“Macam-macam benda yang saya terima. Gambar tidak senonoh pun ada.

“Saya tidak akan layan, sebaliknya hanya gelakkan sahaja. Selagi boleh bersabar, saya cuba untuk tidak mengambil endah.

“Saya hanya akan melenting apabila ada pihak bertindak keterlaluan sehingga menghina kaum atau agama orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Penyanyi yang mesra disapa Lizzy ini berkata, dia enggan ambil pusing terhadap gangguan seksual yang menjengah di ruangan komen atau mesej media sosialnya.

“Selagi perbuatan mereka tidak mengancam keselamatan, saya okey. Namun, itu tidak bermakna mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.

“Setiap orang ada hak bersuara di media sosial. Jika mereka berpendapat saya seksi, itu hak mereka kerana saya tidak rasa begitu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya