TIDAK keterlaluan jika ramai yang berpendapat, Gegar Vaganza (GV) musim kesembilan membuka gelanggang paling sengit sepanjang program itu bersiaran. Melihat barisan peserta juga sudah boleh bikin meremang bulu roma. Konsert pembukaan minggu lalu sebagai contoh menyaksikan pertarungan sengit 13 peserta yang bertanding. Tumpuan pastilah kepada beberapa nama antaranya Jaclyn Victor, Dina Nadzir, Shila Amzah dan Tomok. Tetapi Ahad ini, ‘pertarungan’ sebenar bermula. Mereka bakal keluar daripada zon selesa dan mula membuktikan kemampuan serta kebijaksanaan yang telah diraih sepanjang berada dalam industri seni. Semestinya mereka bukan artis baharu. Setiap daripada mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya