UNIT Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) atau dikenali sebagai Federal Reserve Unit (FRU) cukup dikenali dengan penampilan garang dan bersenjatakan cota serta perisai. Kehadiran anggota FRU ketika demonstrasi sudah semestinya membuatkan sesiapa sahaja berasa gerun, terutama bagi mereka yang cuba mencetuskan kekacauan. Unit yang menjadi salah satu pasukan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ditubuhkan pada 1955 ini berfungsi bagi menangani insiden rusuhan atau kekacauan. Dengan perubahan masa dan corak ancaman, FRU bukan sekadar ditugaskan untuk menangani rusuhan semata-mata, sebaliknya kemampuan mereka dituntut dalam segenap aspek penugasan menjaga keselamatan negara. Justeru,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya