BERDIRI teguh selama ini bersama kumpulan Exists, Ezad Lazim, tidak menolak, jauh di sudut hati, dia juga mengimpikan untuk menjayakan konsert sendiri. Bagaimanapun, tidak adil untuk mana-mana pihak mengandaikan kemahuan itu sebagai mengetepikan kumpulan Exists daripada kerjaya seninya. Apatah lagi, namanya turut terpalit dalam kekecohan, baru-baru ini apabila Ezad dikatakan tidak sudi menyertai anggota Exists yang lain menjayakan konsert Resolusi Exists yang dijadualkan berlangsung pada 18 November ini. Telah berkali-kali menafikan dia berselisih faham dengan anggota lain, vokalis berusia 42 tahun itu berkata, dia tidak mahu perkara itu dipanjang-panjangkan lagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya