PERTEMUAN usai tayangan perdana filem Mengejar Syurga membuka kesempatan membincangkan tentang peluang dan ruang untuk penggiat industri tempatan mencuba nasib di negara seberang. Lihat sahaja kejayaan beberapa anak seni antaranya Bront Palarae, Nur Fazura dan Nora Danish, mereka antara nama besar yang sudah menempa kedudukan menerusi filem pecah panggung di negara itu. Biarpun ada segelintir penggiat seni tempatan kurang setuju apabila beberapa pihak dilihat terlalu mengangkat industri perfileman Indonesia, hakikatnya kita harus memandang dari sudut positif. Pengarah Mengejar Syurga, Bambang Drias berkata, industri perfileman Indonesia sentiasa mengalu-alukan kerjasama dan kolaborasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya