Arwah ayah sempat jumpa tunang, emak - anak Aman Shah - Utusan Malaysia

Arwah ayah sempat jumpa tunang, emak – anak Aman Shah

AFRAH tuurt mengikut jejak langkah arwah ayahnya dalam bidang seni.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Anak Allahyarham Aman Shah, Afrah Athasha, 24, bersyukur sempat memperkenalkan tunangnya kepada arwah bapanya apabila penyanyi itu hadir pada majlis pertunangannya di Singapura, 3 September lalu.

Afrah berkata, arwah bapanya datang bersama bapa saudaranya, Datuk Naseer Abu Kassim dan sempat meluangkan masa selama tiga hari selepas lama tidak bertemu mereka di Singapura.

“Ayah sempat jumpa tunang saya dan emak. Saya bersyukur, kami dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Selepas hampir 20 tahun terpisah, syukur kami kembali dapat bersama,” katanya.

Menurut Afrah, keluarganya kembali bersatu sejak dia rapat dengan bapanya pada 2019.

“Selepas Covid-19 menular, kami tidak dapat berjumpa. Selalunya, kami hanya berbual menerusi panggilan video, tetapi tidak puaslah. Dari segi hubungan dengan adik-beradik lain, kami semua sangat baik,” katanya.

Berkongsi lanjut, Afrah berkata, dia berada di Kuala Lumpur sejak semalam kerana terbabit dengan persembahan dan rakaman lagu.

Bagaimanapun, katanya, perancangan itu terpaksa ditukar apabila dia dimaklumkan bapanya kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), petang semalam.

“Berita itu amat mengejutkan kerana ayah sebelum itu dalam keadaan baik. Arwah masih boleh bergurau dan menghubungi saya mahu balik kerana makanan tidak sedap. Semuanya seperti biasa.

“Tiba-tiba, saya dapat panggilan meminta supaya semua datang ke Kuala Lumpur. Namun, ayah meninggal dunia ketika saya dalam penerbangan dari Singapura. Apabila tiba di Kuala Lumpur, telefon saya berdering tidak henti-henti,” katanya.

Afrah yang juga penyanyi dan komposer di Singapura dikenali dengan nama Zalelo adalah anak ketiga Aman menerusi perkahwinan keduanya dengan Farah Diba Abdul Aziz, penyanyi kumpulan duo, The Queens dari Singapura.

Terdahulu, jenazah pelakon filem Darah Satria itu dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, jam 10 malam tadi.

Allahyarham yang berusia 68 tahun, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN, jam 2.20 petang, semalam.

Dilahirkan di Johor Bahru, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Adikku Pandai Menari itu meninggalkan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya