Almy stabil selepas jalani pembedahan buang ketumbuhan - Utusan Malaysia

Almy stabil selepas jalani pembedahan buang ketumbuhan

FIZZ bersyukur isterinya stabil selepas menjalani pembedahan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan keadaan isterinya, Datin Almy Nadia kini stabil selepas menjalani pembedahan membuang ketulan (cyst) pada rahim di sebuah hospital swasta di ibu negara, semalam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Fizz berkata, isterinya masih dalam pemantauan doktor sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Doktor mengesan kewujudan cyst, pagi semalam. Pada awalnya, Almy ingat dia hamil, namun selepas membuat pemeriksaan rapi, doktor mengesahkan dia mengalami ketumbuhan pada rahimnya.

“Doktor menasihatkan Almy supaya menjalani pembedahan segera bagi mengelakkan mudarat sekiranya dia mengandung pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan keadaannya juga stabil, cuma masih dalam pemantauan doktor,” katanya.

Fizz sebelum ini, memuat naik beberapa hantaran di Instagram memaklumkan keadaan isterinya yang perlu segera menjalani pembedahan bagi membuat ketulan tersebut.

Pelakon Niyang Rapik dan Kekasihku Seru itu juga berharap orang ramai tidak keliru dengan keadaan isterinya, berikutan timbul laporan daripada beberapa blog yang mendakwa Almy mengandung luar rahim.

“Almy tidak mengandung luar rahim seperti dilaporkan beberapa portal dan blog, sebelum ini. Harap orang ramai tidak keliru,” ujarnya.

Fizz turut memaklumkan, isterinya itu sudah mampu bangun dan bergerak seperti biasa.

“Alhamdulillah, dia sudah semakin pulih dan mampu berdiri. Doktor sarankan dia untuk banyak bergerak dan tidak baring sepanjang masa.

“Kepada yang mendoakan, sama ada peminat atau rakan artis, saya ingin ucapkan terima kasih. Kami menghargai keprihatinan dan doa anda semua,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya