UMPAMA rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi, penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23 yang melabuhkan tirainya, malam kelmarin juga tidak terlepas daripada situasi itu. Cakap-cakap yang masih berbunyi di belakang, menandakan betapa sukarnya memuaskan hati semua pihak. Apatah lagi, keputusan senarai pemenang AIM 23 membabitkan aspek teknikal yang mungkin rumit untuk difahami ramai. Malah, dek ketidakpuasan hati, ada pihak menyifatkan penganjuran AIM kali ini kurang menyengat dan sudah hilang taringnya, apatah lagi acara itu kembali selepas lima tahun penggiat seni muzik menunggu. Sebagai contoh, lokasi penganjuran turut mencetuskan pertikaian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya