3 juta tonton Awesome Raja Lawak - Utusan Malaysia

3 juta tonton Awesome Raja Lawak

PROGRAM Awesome Raja Lawak semakin mendapat perhatian penonton.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Meskipun baru diperkenalkan, program Awesome Raja Lawak yang bersiaran sejak 7 September lalu di Awesome TV berjaya menarik perhatian umum apabila mencatat tiga juta tontonan.

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli, berkata persaingan minggu kedua, semalam menyaksikan peningkatan jumlah tontonan dan ia memberi petanda baik, khususnya untuk sebuah program baharu.

“Ini adalah permulaan yang cukup baik untuk jenama baharu. Kolaborasi di antara Awesome TV dan Homegrown Productions ini ternyata membuahkan hasil dan kami menjangkakan lebih banyak kerjasama pada masa akan datang,” katanya.

Persaingan pada minggu kedua menyaksikan peserta ditugaskan mempersembahkan sketsa bertemakan Viral atau Trending yang memerlukan mereka mengangkat isu terkini dan pernah tular atau trending.

Ezzan berkata, berbanding minggu lalu, peserta pada persaingan terbaru ini sedikit gementar ketika mempersembahkan sketsa masing-masing.

“Mungkin kerana minggu sebelumnya membawakan tema Bebas, mereka dilihat lebih bersedia dan tenang. Keputusan pada minggu ini agak mengejutkan apabila juara minggu lalu, kumpulan Sesah hampir tersingkir kerana mendapat markah terendah.

“Namun, barisan juri tetap iaitu Khir Rahman, Saiful Apek dan Ayda Jebat bersama pihak produksi membuat keputusan untuk memberikan mereka peluang kedua apabila tiada penyingkiran dibuat,” katanya.

Bersiaran selama 10 minggu secara langsung dari Studio De Showroom, Bandar Sri Damansara, 14 peserta merangkumi empat peserta solo, enam peserta duo dan empat peserta trio berentap di pentas mingguan, Gelanggang Awesome Raja Lawak.

Empat peserta solo terdiri daripada Azhar, Kanmani, Hanif dan Zunny. Peserta duo pula terdiri daripada Kumpulan Soda, Se’eh, Sedare, 3 Mabo, Manja dan Beduk.

Manakala peserta trio pula ialah Kumpulan Kacau, Semmat, Pelan dan Sesah.

Pada minggu pertama, Zunny diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir, manakala gelaran Man Of The Match pula dimenangi peserta solo dari Pulau Pinang, Azhar.

Juara Awesome Raja Lawak akan membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 berserta trofi sumbangan Awesome TV. Pemenang tempat kedua dan ketiga pula, masing-masing akan membawa pulang RM25,000 dan RM15,000 berserta trofi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya