Tiga anggota Dolla dijangkiti influenza - Utusan Malaysia

Tiga anggota Dolla dijangkiti influenza

KUMPULAN Dolla terpaksa berehat selepas tiga anggotanya dijangkiti influenza.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Dolla terpaksa akur untuk berehat seketika daripada sebarang aktiviti seni berikutan tiga anggotanya dijangkiti influenza.

Pengurus Pemasaran dan Promosi bahagian Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar, bagaimanapun memaklumkan, keadaan tiga anggota kumpulan itu iaitu Syasya, Sabronzo dan Angle tidak begitu membimbangkan.

“Alhamdulillah, keadaan mereka terkawal dan semakin pulih. Ketiga-tiga mereka direhatkan selama tiga hari, bermula semalam.

“Mereka tidak mengalami demam teruk, sebaliknya cuma selesema,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Anne juga tidak menolak kemungkinan faktor kurang rehat disebabkan aktiviti harian yang padat menyebabkan keadaan kesihatan mereka merosot, selain mudah dijangkiti virus.

“Kebelakangan ini, jadual aktiviti seni mereka agak padat  dan kurang masa rehat. Mungkin itu antara faktor yang menyebabkan mereka senang dijangkiti.

“Selepas dinasihatkan berehat, masing-masing menunjukkan perkembangan kesihatan yang semakin baik,” katanya.

Dalam pada itu, Anne turut memohon peminat untuk mendoakan kesihatan kumpulan Dolla supaya mereka dapat beraksi semula.

“Kepada peminat, usah bimbang. Mereka kini semakin okey. Mereka akan kembali sibuk selepas ini, termasuk muncul pada acara Kuala Lumpur Fashion Week, hujung minggu.

‘Mereka juga akan menjayakan beberapa undangan persembahan yang telah diipersetujui,” katanya.

Selain Syasya, Angle dan Sabronzo, kumpulan Dolla turut dianggotai Tabby. Dolla muncul sebagai artis wanita berkumpulan popular negara selepas hadir dengan single berjudul Dolla Make You Wanna sekitar Mac 2020.

Kumpulan ini juga meraih kejayaan menerusi kategori Artis Baharu Terbaik, Anugerah Bintang Popular Ke-34.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya