Tiada desakan sesiapa, saya ikhlas minta maaf - Ifa Raziah - Utusan Malaysia

Tiada desakan sesiapa, saya ikhlas minta maaf – Ifa Raziah

IFA Raziah memohon maaf atas kenyataannya yang mengguris perasaan ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Ifa Raziah, 47, membuat permohonan maaf secara eksklusif dalam program Terpaling Juara yang bersiaran di TV3, malam tadi.

Permohonan maaf itu dibuat selepas namanya terpalit dengan kontroversi susulan aksinya bergelek ketika membuat persembahan pada satu majlis, baru-baru ini.

“Secara eksklusifnya, saya buat permohonan maaf secara langsung. Saya mohon maaf kepada seluruh umat manusia, tidak kira di mana anda berada dan saya maafkan juga orang yang mengata.

“Memang niat saya untuk buat permohonan maaf ketika di pentas, tapi tidak berkesempatan. Jadi, dapat buat di belakang pentas tadi pun, tak apa.

“Alhamdulillah, ia dapat ditonton seluruh rakyat Malaysia dan saya berharap, benda ini tidak lagi berpanjangan,” katanya.

Menurut Ifa, permohonan maaf itu tidak dibuat atas desakan mana-mana pihak, tetapi dia mengaku ia ikhlas daripada hatinya.

“Semuanya atas niat hati saya sendiri. Saya datang hari ini nak cari rezeki. Pada saya, maaf itu benda yang baik dan mungkin ada hikmahnya. Tak perlu nak ego atau apa.

“Bila fikir yang saya pun dah berumur, saya tak mahu orang membenci saya. Kalau orang benci kita, rezeki itu macam tersekat-sekat dan macam tak ada rahmat,” katanya.

Ditanya mengenai pengajaran daripada situasi yang berlaku, Ifa berkata, dia akan lebih berhati-hati dalam berkongsi aktiviti kerja seninya.

“Saya sudah lali dengan benda ini. Tetapi, sebagai manusia yang lemah dan buat kesilapan, kita kena lalui benda ini dan menjadi lebih matang.

“Pada masa akan datang, kalau ada jemputan persembahan atau apa-apa, sebab kita dah tahu orang tak suka, kita tak perlu muat naik (ke media sosial),” katanya.

Terdahulu, kontroversi membabitkan Ifa itu turut mendapat perhatian dan teguran beberapa pendakwah seperti Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustazah Asma’ Harun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya