Sendiri lebih membahagiakan - Kilafairy - Utusan Malaysia

Sendiri lebih membahagiakan – Kilafairy

KILAFAIRY fokus membina kerjaya selepas kembali sendiri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERUBAHAN Kilafairy menarik perhatian ramai. Rata-rata peminat memuji dan sentiasa mendoakan agar pelakon cantik berusia 30 tahun itu kekal istiqamah dalam landasan niatnya. Tidak berombak, berliku.

Namun ironinya, di kala ramai selebriti wanita lain tidak terlepas daripada mata netizen, Kilafairy pula sebaliknya. Dia tidak pernah menjadi sasaran ‘ustazah dan ustaz’ maya yang sentiasa mencari kesempurnaan.

Jawablah mendapatkan Kilafairy. Bertanya soal perubahan diri, kecaman dan persahabatan. Sementelah, dia juga khabarnya sudah gembira sendiri. Kilafairy, jawablah!

Ramai suka melihat perubahan dan pembawaan Kila terutama selepas berhijab. Kila antara artis wanita berhijab yang sangat jarang mendapat kritikan. Adakah ini kerana Kila sangat berhati-hati dalam memuat naik gambar atau video di media sosial?
Alhamdulillah, Kila memang berhati-hati dalam memuat naik gambar sekarang bukan sebab apa, tetapi Kila nak jadi contoh yang baik, terutama kepada pengikut.
Sekurang-kurangnya apabila Kila sudah tiada satu hari nanti, ada juga perkara atau ilmu yang Kila tinggalkan kepada pengikut.

Ramai juga yang memuji persahabatan Kila dengan rakan artis lain, contohnya Neelofa dan Izara Aishah. Dalam pada ramai yang mungkin cuba untuk mengelak bersahabat sesama artis, Kila kelihatan selesa. Kila juga berhati-hati memilih mereka yang ada di sekeliling?
Kila masih berkawan dengan rakan terdekat sebelum berhijab. Tiada istilah buang kawan dalam kamus hidup Kila. Tetapi, Kila sangat bertuah dikelilingi orang yang memudahkan perjalanan, terutama dalam berubah ke arah yang lebih baik.

Baru-baru ini Kila ada berkongsi pendapat berkaitan pertanyaan peminat di Instagram. Dari jawapan yang Kila berikan, nampaknya Kila ini seorang wanita yang independent. Berdiri sendiri. Adakah Kila setuju dengan pandangan itu?
Setuju, setuju dan setuju. Mungkin dari kecil Kila dah diterapkan sifat itu oleh mama dan papa. Mama sendiri adalah wanita yang sangat berdikari. Contohnya, kena ada aset, duit dan simpanan sendiri. Tapi, mungkin ada beranggapan wanita yang berdikari ini mahu jadi dominan. Tidak. Berdikari tetapi masih ada manjanya. Cuma, kita bersedia dari segala segi. Kalau apa-apa jadi, sekurang-kurangnya kita boleh berdiri sendiri.

Benarkah Kila sekarang sudah solo? Dalam fasa mencari atau biarkan luka lama pudar dahulu? Lebih senang serahkan pada Tuhan.
Ya, benar sekali. Saya gembira sendiri. Alhamdulillah, mungkin Allah berikan Kila hikmah dan rezeki yang tidak kita tahu. Sekarang lebih baik fokus kerjaya. Kila nak all out!

Ada yang bertanya bila sudah berhijrah, adakah ini juga bermaksud Kila sudah tidak mahu menyanyi lagi? Cuma fokus berlakon sahaja?
Tidak sama sekali. Seni adalah darah daging Kila. Berlakon dan menyanyi tetap akan diteruskan dengan izin-Nya. Cuma berbatas. Babak intim atau yang berlebih-lebih, Kila tak selesa.

Boleh kongsikan perkembangan seni Kila sekarang? Selepas telemovie dan beberapa drama, mungkin Kila sedang menanti lebih banyak karya? Atau sudah dalam perancangan?
Kila sekarang tengah susun dan pilih drama yang bakal memulakan penggambaran, tidak lama lagi. Pada masa sama, Kila dalam perancangan untuk memulakan cabang perniagaan baharu. Produk apa? Nanti Kila kongsikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya