Saya hampir menjual piano kesayangan - Hazami.

Saya hampir menjual piano kesayangan – Hazami.

HAZAMI hampir menjual piano kesayangan untuk menampung perbelanjaan harian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi bersuara emas, Hazami, berkongsi dia juga antara anak seni yang terjejas teruk apabila negara berdepan dengan penularan pandemik Covid-19.

Menurut Hazami, segala wang simpanannya habis digunakan sehingga bayaran sewa rumahnya pernah
tertunggak selama empat bulan gara-gara tiada tawaran pekerjaan selama lebih dua tahun.

“Selama ini saya senyap. Ramai tidak tahu sewaktu pandemik melanda, saya bergelut dengan masalah kewangan.

“Selama empat bulan saya tidak dapat membayar duit sewa rumah. Saya tiada pekerjaan sehinggalah pada awal tahun ini.

“Saya bukan jenis yang suka bercerita hal-hal sebegitu pada umum termasuk media,” katanya.

Mengulas lanjut, penyanyi Mungkir Bahagia itu turut mendedahkan, dia hampir menjual piano kesayangannya demi menanggung perbelanjaan harian.

“Sampai satu tahap, saya hampir menjual piano kesayangan. Menangis-nangis saya sebab sayangkan piano tersebut.

“Kalau dijual dapatlah juga duit antara RM2,800 hingga RM3,000. Tetapi, saya tidak jadi menjualnya kerana tidak sanggup piano itu berpindah hak milik,” kongsinya.

Hazami bagaimanapun, bersyukur kerana masih mempunyai ahli keluarga yang sudi menghulurkan bantuan walaupun tidak pernah meminta.

“Cuba bayangkan saya tidak ada gaji tetap. Tiap-tiap bulan wang tidak masuk. Asyik keluar sahaja. Duit simpanan saya habis digunakan.

“Pernah suatu hari, wang saya di dalam akaun bank cuma tinggal RM 200. Tetapi, saya bernasib baik mempunyai ahli keluarga dan adik-beradik yang sudi menghulurkan bantuan walaupun saya tidak minta.

“Alhamdulillah. Saya juga sudah mula mendapat tawaran membuat persembahan sejak awal tahun, sekitar Februari lalu,” tuturnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya