Saya bukan perasan rockstar - Amir Masdi

Saya bukan perasan rockstar – Amir Masdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATU nama yang sedang hangat diperkatakan dalam scene muzik rock tanah air ialah Amir Masdi. Dia mempunyai masa depan yang cukup cerah dan mungkin siapa tahu, satu hari nanti bakal menjadi pelapis kepada legenda rock kita.

Namun, dalam perjalanan itu, dia mula didekati cerita kurang enak. Dikatakan mula mempunyai isu attitude sehingga ada yang melabelkan dia perasan, Amir didakwa mula menunjukkan sindrom seorang rockstar.

Jawablah mendapatkan Amir, menjawab dakwaan dan tohmahan!

Ramai suka Amir menyanyikan semula lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah. Sedap suaranya dan kena dengan lagu itu. Komen sikit?

Saya bersyukur bila ramai yang beri kata-kata dan maklum balas positif. Pada awal perancangan, memang saya tidak mahu menggubah sebuah lagu ini.

Bagi saya, sebuah lagu legenda seperti itu, kena jaga keaslian komposisi dan seimbangkan dengan nafas baharu.

Tetapi ada juga kurang setuju. Kenapa Amir perlu ikut trend begitu? Kenapa tidak keluarkan single baharu sahaja?

Ini kali pertama saya buat projek khas macam ini. Saya pilih lagu itu bukan sebab tengah tular atau saja-saja. Lagu ini pun ada sentimental value. Dua kali saya bawa lagu ini untuk pertandingan realiti.

Jadi, saya pernah melalui pelbagai fasa bersama lagu ini. Buat masa ini, memang saya tak nak keluarkan single baharu supaya tidak bercanggah dengan promosi Sepi Sekuntum Mawar Merah. Menerusi lagu itu juga, orang akan nampak sisi berbeza saya.

Amir disebut-sebut bakal pengganti penyanyi rock legenda kita. Sementelah, sekarang sukar untuk kita mencari seorang penyanyi rock. Apa pendapat Amir bila ada menganggap Amir begitu?

Betul, memang sukar hendak cari penyanyi rock. Tapi, kita ada ramai sebenarnya pelapis lain dalam scene rock. Saya rasa macam dihargai.

Dari dulu, memang saya mengimpikan untuk menjadi penyanyi rock. Arah tuju saya dalam industri juga ke situ. Bila ada yang puji, Alhamdulillah. Cuma itu bukan tanda kepuasan, saya akan berusaha lagi membuktikan bakat.

Namun ada yang cakap-cakap belakang, Amir sekarang dikatakan ada ‘sindrom’ rockstar? Maksudnya ada attitude. Boleh komen?

Belum pernah lagi, tetapi kalau ada yang terasa dengan kata-kata atau perbuatan saya, minta maaf sangat-sangat. Saya mohon kalau ada pihak yang terasa, jangan cakap belakang.

Boleh terus bersemuka dan menegur saya. Saya tidak pernah ada niat mahu perasan rockstar. Sekali lagi, minta maaf kalau ada terasa.

Selain menyanyi, mahu terus mencuba bidang lakonan? Atau lain-lain?

Alamak, lakonan? Saya sudah cuba bidang lakonan untuk dua projek khas sebelum ini. Mungkin buat masa kini, lebih baik saya fokus menyanyi dan menulis lagu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya