“SAYA mahu melihat anak-anak membesar depan mata,” itu jawapan penyanyi, Ruhil Amani yang sekian lama menghilang dari radar seni. Katanya, dia tidak pernah merancang berhenti menyanyi. Namun, dia akui perlu masa untuk membesarkan anak-anak dan terpaksa ‘berehat’ seketika daripada dunia seni. “Selepas sembilan bulan bernikah, saya hamil anak pertama. Bila berkeluarga ini, tumpuan hidup kita berubah. “Saya mahu melihat anak-anak membesar depan mata. Tapi, saya tidak pernah merancang berhenti menyanyi. “Bila anak-anak sudah bersekolah, saya mula ambil tawaran menyanyi. Tetapi itulah, sebelum ini terpaksa perlahankan sebab anak-anak memerlukan perhatian,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya