Rain kembali beraksi di ibu negara

Rain kembali beraksi di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kali terakhir beraksi di ibu negara, lima tahun lalu, superstar Korea Selatan, Rain bakal kembali untuk menjayakan persembahan pada 27 Ogos ini.

Kedatangan Rain adalah sempena Betadia Night yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan diserikan kemunculan dua artis tempatan iaitu Andrew Tan serta Jess Lee.

Rain yang cukup dikenali sebagai penyanyi , penari, pelakon dan pengacara pelbagai rancangan bakal mempersembahkan beberapa lagu popularnya pada malam itu nanti.

Sementara itu, Tan adalah penyanyi Mandapop yang menceburi bidang nyanyian sejak 2006 selepas memenangi pertandingan Astro Talent Quest dan TVB International Chinese New Talent Singing Championship di Hong Kong.

Pada 2010, Tan mula menjadi perhatian selepas lagunya, Tian Hou mula mendapat tempat dalam industri muzik Taiwan. Bermula dari situ, dia terus mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.

Lee pula memulakan kariernya sebagai penyanyi setelah muncul juara dalam pertandingan nyanyian televisyen popular, One Million Star (Musim ke-7) apabila mengumpul markah tertinggi dan memecah rekod pada pusingan akhir.

Kini, dia menetap di Taiwan bagi mengukuhkan lagi bakatnya.

Betadia Night menyajikan persembahan percuma dengan membuka peluang kepada orang ramai menyertai peraduan bagi mendapatkan tiket di atas talian.

Mereka hanya perlu mengikuti beberapa langkah untuk mendaftar bagi mendapatkan tiket ke persembahan tersebut.

Untuk maklumat lanjut dan cara mendaftar, sila layari laman Facebook Betadia Malaysia di https://www.facebook.com/betadiamy/ dan http://www.betadia.asia/.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya