Pusat serenti dan penjara bukan tempat untuk merawat dan memulihkan masalah penagihan dadah, sebaliknya adalah ‘neraka’ yang memburukkan lagi masalah ketagihan selain menghancurkan peluang untuk sembuh. Ahli Lembaga Penasihat Kemurungan Rantau Asia Pasifik, Prof. Dr. Mohamad Hussain Habil berkata, lebih menyedihkan strategi ‘zero toleransi’ yang diamalkan selama ini dalam menangani masalah penagihan dadah, kini memberi ‘bahana’ apabila penjara menjadi tempat penyebaran HIV/Aids dalam kalangan penghuninya. “Rawatan ketagihan perlu dijalankan di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan (KKM) dan bukannya di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti apa yang berlaku kini. Sebenarnya banyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya