JIKA sebelum ini, nada suaranya seakan-akan tersekat setiap kali membuka bicara mengenai pemergian isteri tercinta, namun kali ini, Shuib memperlihatkan ketenangan yang cukup berbeza. Barangkali dia sudah semakin kuat. Malah, dia perlu kuat waima dalam apa juga keadaan sekali pun, apatah lagi pada kebanyakan masa, keluarga dan anak-anak sangat memerlukannya. Pun begitu, mana mungkin mudah untuk dia melupakan nama wanita yang pernah menghidupkan cinta di hatinya selama ini. Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, membuatkan Shuib merindu setiap masa. “Tak terasa sudah setahun pemergian arwah. Kami seluruh keluarga berasakan dia seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya