Peminat beratur sejak pagi demi konsert Billie Eilish - Utusan Malaysia

Peminat beratur sejak pagi demi konsert Billie Eilish

KONSERT Billie Eilish bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Meskipun konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022  hanya akan berlangsung pada pukul 8.30 malam ini, ribuan peminat penyanyi itu sudah mula membanjiri perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, sejak awal pagi tadi.

Rata-rata mahu memastikan mereka mendapat tempat terbaik bagi menyaksikan konsert sulung penyanyi kelahiran Los Angeles, California, Amerika Syarikat itu di negara ini.

Difahamkan, bintang pop berusia 20 tahun itu tiba di ibu kota, kelmarin bagi menjayakan konsert yang dibawakan Live Nation Malaysia itu.

Ketibaannya bersama pasukan, termasuk abangnya, Finneas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapat perhatian ramai apabila beberapa foto, termasuk video rakaman peminat tular di media sosial.

Semalam, beberapa video pemenang Anugerah Grammy itu bersiar-siar di pusat beli-belah Plaza Sungai Wang turut bertebaran di media sosial.

Sejak mencipta nama pada sekitar 2015, Eilish yang mempertaruhkan genre muzik elektro pop indie terus mencipta fenomena. Malah, albumnya juga meraih kejayaan luar biasa.

Paling membanggakan apabila dia menang besar pada kemuncak Anugerah Grammy 2020 dengan membolot empat trofi utama iaitu Rakaman Terbaik, Album Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Baharu Terbaik.

Selain Malaysia, penyanyi lagu Bad Guy itu turut singgah di beberapa negara jiran sepanjang Ogos ini, termasuk Filipina, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Singapura.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya