Mona Allen timang bayi merdeka - Utusan Malaysia

Mona Allen timang bayi merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 menjadi lebih bermakna buat pelakon, Mona Allen apabila selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital di Puchong, Selangor, kira-kira jam 2.39 pagi tadi.

Pemilik nama sebenar, Munna Hafiraneza Allen, 37, memaklumkan proses kelahiran bayi merdeka itu berlaku lancar tanpa sebarang komplikasi.

“Bayi merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi. Alhamdulillah, ibu dan bayi selamat. Terima kasih atas doa anda,” katanya.

Terdahulu, ketika usia kandungan memasuki enam bulan, pelakon berusia 36 tahun itu berkongsi berita kehamilannya selepas empat tahun berusaha mendapatkan anak.

Mona turut berkongsi ikhtiar yang dilakukan dia dan suami, Pekin Ibrahim termasuk rawatan cara Islam, selain mengamalkan minum air kelapa bakar berserta doa.

Bayi berkenaan merupakan anak sulung Mona dan Pekin. Pasangan suami isteri tersebut mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya