Moga bertemu jalan penyelesaian - Beto Kusyairy - Utusan Malaysia

Moga bertemu jalan penyelesaian – Beto Kusyairy

BETO berharap kekusutan yang berlaku antara Adi Putra dan penerbit Mat KIlau menemui titik penyelesaian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Beto Kusyairy, berharap salah faham antara pelakon utama Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra dan penerbit, Studio Kembara Sdn. Bhd. dapat diselesaikan dengan baik serta tidak lagi berpanjangan.

Beto, 42, berkata, dia memilih untuk tidak mencampuri hal yang berlaku, sebaliknya mendoakan kedua-dua pihak berdamai dan menemui jalan penyelesaian untuk meleraikan kekusutan yang tercetus.

“Pada saya, perkara yang sudah keruh, jangan kita keruhkan lagi. Kita sepatutnya cuba jernihkan. Pusing-pusing nanti di situ saja kerana dalam industri seni, kita akan bertemu orang yang sama.

“Mudah-mudahan ada jalan penyelesaian terbaik dan segala kekusutan dapat dijernihkan,” katanya ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem Anak Rimau di ibu negara, semalam.

Beto berkata, sebagai pelakon, dia ada menerima jemputan untuk menjayakan promosi filem itu di Jakarta, Indonesia, namun terpaksa ditolak kerana terikat dengan komitmen lain.

“Apa yang saya tahu, mereka akan berlepas ke Jakarta, hari ini. Saya ada terima jemputan itu, tetapi tidak dapat sertai kerana ada komitmen lain di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Beto turut meletakkan harapan filem arahan Syamsul Yusof itu akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat filem di Indonesia, seperti mana sambutan diberikan penonton tempatan.

“Saya berharap dengan kehadiran pelakon Indonesia, Yayan Ruhian dapat membantu untuk menguatkan lagi filem itu di sana.

“Dengan adanya siri promosi di sana, peminat filem Indonesia akan menerima lebih banyak pendedahan tentang produksi kita. Mudah-mudahan, filem kita akan terbang lebih meluas pada masa akan datang,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya