Mahalkah tiket konsert saya? - Noraniza Idris - Utusan Malaysia

Mahalkah tiket konsert saya? – Noraniza Idris

Noraniza Idris.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Noraniza Idris, 54, menyangkal dakwaan bahawa harga tiket konsert Malai Solo yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 hingga 23 Oktober ini yang disifatkan mahal.

Menurut Noraniza, harga yang ditetapkan untuk konsert ini dianggap berbaloi terutama dalam mengambil kira kualiti persembahan yang akan dipertontonkan kepada peminat kelak.

Selain itu, kata Noraniza, dia juga telah membuat rujukan terhadap beberapa konsert yang diadakan oleh artis-artis tempatan kebelakangan ini.

“Mahal ke? Saya rasa macam okey kerana ada buat rujukan harga tiket konsert sebelum ini. Harga-harga tiket biasanya RM250 hingga RM1100. Saya cuma tambah sedikit saja daripada harga yang pernah diletakkan oleh penyanyi lain.

“Lagipun nilai yang ditetapkan saya berbaloi dengan persembahan yang dijanjikan kerana saya menggunakan pengarah, pemuzik dan penari profesional serta teknologi terkini untuk memeriahkan lagi persembahan,”katanya l.

Noraniza berkata demikian semasa pada sidang media konsert Malai Solo yang diadakan di Istana Budaya, di sini, hari ini.

Pada majlis itu juga, Noraniza juga mengumuman telah menerima dana sebanyak RM3 juta daripada sebuah syarikat hartanah tempatan.

“Alhamdulillah, saya lega apabila dana ini dapat menampung kos keseluruhan konsert ini. Pun begitu, saya masih mengalu-alukan penaja lain untuk membiayai konsert ini,”katanya.

Konsert Malai Solo anjuran NIPV Management Sdn Bhd ini dijadualkan berdurasi dua jam dan akan menyaksikan penyanyi ini mempersembahkan sebanyak 24 buah lagu termasuk medley yang merangkumi lagu-lagu Irama Malaysia dan etnik kreatif.

Tiket yang dijual sejak 19 Ogos lalu boleh didapati pada harga RM299 hingga RM1599.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya