Jaga kesihatan mental, Tom Holland tutup media sosial - Utusan Malaysia

Jaga kesihatan mental, Tom Holland tutup media sosial

TOM Holland tertekan membaca pelbagai berita mengenai dirinya di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang Hollywood, Tom Holland mengucapkan selamat tinggal kepada 67 juta pengikut di Instagramnya selepas mengambil keputusan untuk menyahaktif semua akaun media sosal demi menjaga kesihatan mental.

Jelas pelakon Spiderman: No Way Home ini, media sosial membuatkan dirinya tertekan, terutama apabila berita dan kontroversi melibatkan namanya menjadi topik perbualan netizen.

“Saya berehat daripada media sosial demi kesihatan mental. Media sosial membuatkan saya jadi tidak keruan, terutama apabila membaca berita tentang diri sendiri. Itu merosakkan kesihatan mental saya.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk mengundurkan diri buat seketika dan memadam semua aplikasi media sosial,” katanya menerusi satu rakaman video berdurasi hampir tiga minit yang dimuat naik di Instagramnya sebelum dipadam.

Teman lelaki pelakon, Zendaya ini juga mendedahkan, dia sudah lama merancang untuk menutup akaun media sosialnya, namun terpaksa menunda buat seketika sehingga dia nekad melakukannya.

“Meminta pertolongan bukan sesuatu yang memalukan. Kita harus membuang stigma berkaitan masalah kesihatan mental. Memang mudah untuk dibicarakan, tetapi kita boleh lakukan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya