Generasi muda obses dengan fotografi - Utusan Malaysia

Generasi muda obses dengan fotografi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Revolusi analog kepada digital merupakan satu transformasi merubah kehidupan manusia di dunia ini, termasuk fotografi.

Kamera digital pertama dicipta pada 1975 oleh syarikat Kodak tapi belum dipatenkan pada masa itu. Kodak bukanlah nama asing dalam dunia fotografi.

Kamera digital dapat mempengaruhi generasi muda dalam fotografi. kerana ia mudah dipelajari.

Pengemar muda sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit semata-mata obses dalam fotografi.

Kolum ini membawa kisah, Zaidani Zaini, 30an yang bekerja di sebuah syarikat perkapalan. Beliau menjadikan fotografi sebagai hobi. Lulusan Diploma in Graphic Design ini sedikit sebanyak dapat membantu pengetahuannya dalam fotografi.

Zaidani Zaini.

Minatnya itu tersemat setelah melihat gambar jurufoto profesional di media sosial dan majalah. Landskap menjadi pilihan buat Zaidani, ia juga dapat tunjuk ajar daripada orang lama, Roslan Juwair atau Pak Chu Lan yang berpengalaman luas dalam fotografi landskap.

Gambar supermoon bersaiz 99.9% berlatar belakangkan bangunan TRX, antara hasil bidikan yang menjadi kegemarannya kerana fenomena itu berlaku sekali dalam setahun.

Supermoon rise 99.9% di TRX, menggunakan kamera mirrorless, lensa 600mm, kelajuan pengatup 1/3, bukaan f/7.1, ISO 320.
Waning Gibbous moonrise 74.8% di Menara Berkembar, menggunakan kamera mirrorless, lensa 840mm, kelajuan pengatup 1.5, bukaan f/10, ISO 320.

Fotografi zaman sekarang boleh digemari daripada pelbagai peringkat, tetapi perkara paling penting usaha, semangat dan jangan putus asa. Ia pasti akan menghasilkan sesuatu yang berharga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya