Fikry, Cikgu Zack Kirana hanya teman - Utusan Malaysia

Fikry, Cikgu Zack Kirana hanya teman

FIKRY selesa berkawan dengan Zack Kirana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, 28, mengakui berkawan rapat dengan guru selebriti, Zack Kirana, namun menyifatkan hubungan mereka tidak lebih sekadar teman.

Fikry berkata, dia mengenali Zack Kirana yang juga guru Bahasa Melayu sejak sebelum pandemik dan selesa berkawan dengan wanita itu.

“Kami berkenalan melalui seorang kawan. Cuma, jarang berjumpa, sebaliknya selalu bertegur sapa di Instagram.

“Saya suka mengikuti akaun media sosial personaliti yang berkongsi pelbagai bahan kandungan membina. Saya seronok dengan perkongsian Zack Kirana di media sosial.

“Selain dia, saya juga mengikuti akaun media sosial seorang guru Matematik. Sebenarnya, saya berkawan dengan semua orang. Jadi, tidak ada istilah saya bercinta dengan sesiapa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Fikry berkata demikian sebagai mengulas desas-desus kononnya dia dan Zack Kirana sedang menjalin hubungan cinta.

Ditanya sama ada dia meletakkan sasaran usia tertentu untuk menamatkan zaman bujang, Fikry ada jawapan sendiri.

“Dulu, pernah saya sasarkan untuk berkahwin pada usia 25 tahun. Tetapi, nampaknya sekarang macam sudah terlajak.

“Memandangkan usia sekarang sudah masuk 28 tahun, saya letakkan sasaran baru iaitu usia 33 tahun. Tetapi, itu hanya perancangan kita sebagai manusia” katanya.

Fikry berkata, antara kriteria utama yang dicarinya untuk dijadikan calon isteri adalah wanita yang boleh menerima dan menyayangi ibunya.

“Siapa yang kenal, pasti tahu saya sangat rapat dengan ibu sampaikan ada yang kata saya ini anak emak. Betullah itu, kalau saya bukan anak emak, anak siapa lagi?

“Lain orang lain pandangan. Saya cuma ada ibu dan saya buat semua benda demi emak. Saya bekerja pun demi dia. Jadi, kalau ditakdirkan bertemu jodoh, saya harap wanita itu boleh menerima baik ibu saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya