Dua tahun tertunda, Super Junior kembali beraksi di KL - Utusan Malaysia

Dua tahun tertunda, Super Junior kembali beraksi di KL

SUPER Junior turut menjadikan KL sebagai destinasi konsert jelajah dunia mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas lebih dua tahun tertunda susulan pandemik Covid-19, kumpulan K-pop popular, Super Junior kembali menemui peminat mereka dalam rangka siri konsert jelajah dunia, Super Show 9: Road.

Kuala Lumpur turut menjadi destinasi persinggahan apabila mereka bakal beraksi di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 Oktober depan, jam 5 petang. 

Perkara itu diumumkan syarikat pengurusan acara, Star Planet Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, semalam.

Julai lalu, dua anggota Super Junior iaitu Eunhyuk dan Donghae dalam satu temu bual mengesahkan Malaysia antara destinasi yang bakal dikunjungi Super Junior sempena siri jelajah itu. 

Susulan pengumuman itu, peminat tidak sabar menanti tarikh sebenar Super Junior bakal beraksi, sekali gus merawat kekecewaan selepas hasrat menonton persembahan kumpulan terbabit, dua tahun lalu tidak kesampaian.

Sebelum ini, Super Junior dijadualkan membuat persembahan di ibu negara pada 1 Mac 2020, namun dibatalkan susulan pandemik Covid-19. 

Hampir tiga tahun membuat persediaan, Super Junior memulakan konsert jelajah dunia kesembilan mereka di Seoul pada 15 Julai lalu.

Selepas tiga malam beraksi, mereka meneruskan siri konsert pasca pandemik di negara luar bermula di Bangkok, Thailand pada 30 Julai lalu. Maklumat lanjut berkaitan persembahan mereka di ibu negara akan diumumkan kelak. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya