Cari simpati? Ayat paling pantang aku dengar - Elyana - Utusan Malaysia

Cari simpati? Ayat paling pantang aku dengar – Elyana

ELYANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Elyana bengang dengan sikap segelintir netizen yang menuduh dia sengaja menggunakan penderitaan sakit kanser limfoma yang pernah dihidapinya untuk mencari simpati.

Elyana berkata, dia menyesal mendedahkan tentang penderitaannya itu kerana masih terdapat segelintir  pihak yang mencari ruang dan peluang untuk mengecamnya dengan pelbagai tuduhan.

“Cari simpati? Ayat paling pantang telinga aku dengar. Inilah sebabnya aku ambil masa lapan tahun untuk memberitahu tentang sakit ini.

“Sebab tak ada gunanya. Aku buat keputusan yang salah,” katanya dalam satu luahan di Instagram.

Elyana dalam perkongsian sama turut memuat naik beberapa tangkap layar seorang individu yang secara biadap menegur penyanyi itu berhubung cara pemakaiannya.

“Niat nak bagi nasihat, tetapi biadap. Mungkin dulu saya tak suka menjawab, tapi tidak adil untuk diri saya yang sering dihina dan dipijak,” katanya.

Penyanyi Kalis Rindu itu sebelum ini berkongsi kisah perjalanan hidupnya melawan kanser menerusi sebuah siri mini di YouTube.

Malah, Elyana menerusi Instastory memaklumkan, dia sedang demam sehingga tertidur 15 jam dan hilang selera makan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya