Dikecam warganet, Michael Ang nafi suntik botoks, bedah muka - Utusan Malaysia

Dikecam warganet, Michael Ang nafi suntik botoks, bedah muka

MICHAEL mengakui pernah melakukan prosedur menanam benang pada hidung, dua tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Memang saya pernah tanam benang dalam hidung, dua tahun dulu,” demikian pengakuan pengarah sensasi, Michael Ang yang sering menjadi sasaran pertanyaan netizen mengenai perubahan pada wajahnya, setiap kali bersiaran menerusi Instagram Live.

Michael bagaimanapun, yakin keputusannya itu tidak menyalahi hukum kerana prosedur rawatan yang dijalaninya itu hanya bersifat sementara.

“Hampir setiap hari saya menjawab pertanyaan netizen tentang perkara ini di Instagram Live. Kalau ada yang mempertikai, saya enggan ambil pusing. Saya tahu apa yang saya buat.

“Saya bukannya buat pembedahan pecahkan rahang atau menyuntik botoks dan sebagainya. Perubahan itu hanyalah sementara dan akan hilang selepas dua tahun. Tidak kekal pun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Michael turut menyelar tindakan sesetengah selebriti dan pengasas produk yang tidak jujur, malah sanggup menipu masyarakat dengan melakukan prosedur tertentu untuk kelihatan lebih cantik bagi melariskan jualan produk mereka.

“Saya bukan seperti segelintir individu yang cucuk sana sini, kulit putih melepak, namun membuat kenyataan perubahan itu adalah hasil penggunaan produk yang mereka jual. Pada hal, mereka sebenarnya menipu pengguna. Mereka ingat masyarakat ini bodoh?

“Saya akan berlaku jujur, maklumkan yang sebenarnya kepada netizen. Saya tanam benang pada hidung dan melakukannya sekadar ingin mencuba.

“Tidak pernah pula netizen menyerang saya kerana perkara ini. Kalau ada sekalipun, mungkin mereka yang dalam kalangan ‘ahli syurga’.

“Jika masih ada yang mempersoalkan halal dan haram tindakan saya ini, terpulanglah kepada mereka. Lagipun, ia tidak melibatkan sebarang prosedur merubah bentuk wajah secara kekal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya