Tangkas si kecil beraksi melecek bola. Riuh sorakan penonton bila kaki comel itu menerobos bola masuk galang. Gelagat riang kanak-kanak usia sembilan hingga 11 tahun itu dipamerkan pada Bolakid 2022 berlangsung tiga hari di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis baru-baru ini. Bertambah semangat beraksi apabila menerima suntikan padu hampir 1,000 penyokong khususnya dalam kalangan ibu bapa serta guru-guru yang hadir menyaksikan perlawanan akhir kejohanan anjuran Pertubuhan Abata Sukan Rekreasi (Abata) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri itu. Pada usia semuda itu, mereka tidak kekok mengawal bola malah bersemangat berjuang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya