Aqilah tak sangka menang Pencarian Wanita Melayu

Aqilah tak sangka menang Pencarian Wanita Melayu

wanita melayu
AQILAH (tengah) bergambar bersama Meer Sadik Habib (dua, kiri) selepas dimahkotakan sebagai pemenang Pencarian Wanita Melayu 2022 anjuran Plaza Shah Alam, di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pemenang Pertandingan Pencarian Wanita Melayu (PWM) 2022, Aqilah Afindi, 21, yang dinobat sebagai Ikon Wanita Melayu menyifatkan gelaran itu sebagai penyuntik semangat kepada dirinya untuk terus berusaha sebagai wanita Melayu moden yang berjaya dalam bidang kewartawanan.

Gadis berasal dari Johor Bahru itu bagaimanapun mengakui kejayaan tersebut sebagai satu tanggungjawab berat memandangkan beliau masih lagi menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Tidak sangka saya muncul sebagai pemenang pada cubaan pertama memasuki PWM,” katanya ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah PWM 2022 kepada pemenang. Hadiah disampaikan Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Seri Meer Sadik Habib baru-baru ini. Kemenangan itu melayakkan Aqilah membawa pulang piala dan wang tunai dan serta pelbagai barangan bernilai RM30,000.

Pelajar tahun pertama kursus Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Kewartawanan UiTM itu menambah, beliau berpegang kepada kepercayaan rezeki daripada Allah SWT ketika mengharungi pertandingan tersebut, namun komited untuk menyertainya.

“Saya bermula daripada tiada apa-apa dan kini bergelar Ikon Wanita Melayu. Kepada wanita lain, percaya kepada diri untuk menjadi apa sahaja,” ujarnya.

Sementara itu Pengurus Kanan Plaza Shah Alam, Azura Mokhtar berkata, pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima hadiah bernilai RM20,000 dan RM15,000.

Antara juri pertandingan ialah pelakon, Vanida Imran, pensyarah UiTM, Faizal Abdul Hamid, Editor Majalah Nona, Kiffy Razak dan Mas Idayu yang menjadi juri jemputan khas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya