TVS persembahkan 'Nemu' sempena Hari Sarawak

TVS persembahkan ‘Nemu’ sempena Hari Sarawak

tvs
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menjelang sambutan Hari Sarawak yang bakal tiba, TVS akan menyiarkan rancangan berbentuk telemovie terbaru berjudul ‘Nemu’ khas untuk para penonton di rumah pada 22 Julai 2022 ini.

Telemovie ‘Nemu’ ini mengisahkan tentang tiga remaja sekawan berumur dalam lingkungan 15 tahun iaitu di kenali sebagai Salem, yang dibintangi oleh Adhwa Mahyuddin, Peter, yang dibintangi oleh Stefan Wyatt Kedu Winter dan Kiong, yang dibintangi oleh Eric Ng Kang Wei.

Dalam telemovie ini akan menceritakan ketiga remaja tersebut kembali ke masa lampau pada era tahun 1940-an melalui sebuah pintu misteri yang terdapat di rumah datuk kepada Salem.

Oleh kerana perasan remaja bertiga tersebut yang ingin tahu dan ingin menerokai tempat tersebut, ketiga mereka terpaksa melalui pelbagai rintangan dan menempuh pelbagai cabaran yang bakal melanda mereka selepas menebus pintu misteri tersebut.

Saksikan telemovie ‘Nemu’ arahan Dickson Ng pada hari Jumaat, 22 Julai 2022, istimewa sempena Hari Sarawak bersiaran pada pukul 1:30 tengah hari hanya di TVS saluran 122 Astro dan myFreeview!

Ikuti perkembangan semasa daripada TVS di semua laman media sosial @tvstvmy dan juga layari laman sesawang kami www.tvstv.my untuk maklumat lebih lanjut.

Merujuk kepada pekara di atas, di dalam emel ini telah disertakan hebahan media dan poster rancangan.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya [email protected] / +6016-876-7954 atau rakan unit Eksekutif Perhubungan Awam dan Komunikasi Encik Sharif di [email protected] / +6016-809-3770. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya