Perhimpunan peminat basikal BMX di Politeknik Merlimau

Perhimpunan peminat basikal BMX di Politeknik Merlimau

Politeknik Merlimau
Antara basikal yang menyertai RetroMania BMX bertempat di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau_
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 93 orang peminat basikal dikumpulkan pada acara Program Retromania BMX Wheel of Freedom di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka baru-buru ini. Acara anjuran pelajar semester dua.

Diploma Pengurusan Acara (DEV), Politeknik Merlimau (PMM) dikenali sebagai Ev.Crew itu, bertujuan menghimpunkan kelab-kelab BMX dan peminat yang ada sekitar Malaysia.

Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Zaharizuan Azhar berkata, program berkenaan berjaya mengumpulkan Kelab BMX seperti Ungkal BMX Johor, Melaka BMX Generation, BMX Tangkak Clan, PMM BMX Legacy, Bukit Rambai BMX dan GhostTown BMX, Segamat.

Antara pengisian acara ialah pertunjukan Freestyle BMX, pameran, pertandingan BMX tercantik, cabutan bertuah dan bengkel kayuhan khas buat kanak-kanak.

“Alhamdulillah menerusi program ini, kami dapat menghimpunkan seramai 93 orang peminat basikal BMX daripada serata Malaysia antaranya seramai 42 orang (55 basikal) dari Johor, Melaka 23 peserta (27 basikal) dan Selangor 13 peserta (16 basikal),” katanya.

Sebanyak 120 buah basikal menyertai acara kayuhan santai sejauh 13 kilometer bermula di Dewan Platinum dan seterusnya menjelajah pekan Merlimau.

Turut hadir Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Muhammad Nasir Pahmi dan Ketua Program DEV, Ismail Mohamad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya