Nak tegur nanti sentap pula - Azhan Rani - Utusan Malaysia

Nak tegur nanti sentap pula – Azhan Rani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Azhan Rani mengakui pernah berdepan gangguan bunyi bising ketika menonton wayang di pawagam.

Jelas Azhan dia cuba untuk menegur perbuatan kanak-kanak itu kepada ibu bapanya, namun dikhuatiri mengguris perasaan ibu bapa tersebut.

“Pernah juga terjadi. Bukan ketika menonton wayang Mat Kilau, cerita lain, filem aksi Hollywood dulu.

“Melalak dalam panggung satu hal. Selepas itu main tendang-tendang kerusi aku dari belakang gelak-gelak. Emak bapa dia anggap aku terhibur anak dia terpaling comel.

“Nak tegur nanti sentap pula. Tak tegur nanti silap-silap bersalin dalam panggung wayang pun dia kata normal,” katanya sambil berseloroh.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram milik pelakon itu, Azhan Rani berkata demikian dengan merujuk artikel hiburan berhubung ada kanak-kanak menangis dalam panggung wayang ketika tayangan filem Mat Kilau.

Dalam hantaran sama Azhan Rani turut berjenaka bila mana dia bakal menonton filem Mat Kilau.

“Aku belum tengok Mat Kilau lagi. Jangan sampai orang lain tengok pakai tanjak. Aku tengok siap keris di pinggang,” katanya lagi.

Untuk rekod, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Isnin lalu sudah meraih kutipan melebihi RM12 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan di pawagam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya