Minda Optima alternatif bantu anak lambat membaca - Utusan Malaysia

Minda Optima alternatif bantu anak lambat membaca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perkembangan positif dalam pembelajaran adalah antara fokus utama golongan ibu bapa dalam memastikan tumbesaran anak-anak tumbuh seiring dengan pelbagai nilai dalam kehidupan.

Pun begitu, bagaimana pula jika terdapat anak atau pelajar yang berdepan dengan masalah lambat membaca seusia kecil?

Hal ini menyebabkan ramai kalangan ibu bapa meluahkan rasa bimbang dan sedaya upaya akan mencari solusi terbaik bagi menangani masalah itu.

Membuka ruang alternatif, Minda Optima Sdn Bhd terus mengekalkan usaha untuk memastikan ibu bapa mempunyai pilihan terbaik bagi mengatasi anak-anak lambat membaca menerusi inisiatif mereka.

Menurut pengasasnya, Zalma@Rashida Mamat, 52, selain berteraskan pengajaran dalam talian, usaha itu diperkemaskan dengan kewujudan tiga pusat tuisyen di Taman Sri Gombak, Taman Melawati dan Setiawangsa yang kini menyediakan 110 tenaga pengajar.

Kongsi Zalma, sejak pandemik Covid-19 melanda dunia dua tahun lalu, mereka juga memperkenalkan inisiatif kelas percubaan percuma dalam talian untuk satu sesi berdurasi sejam setengah untuk kanak-kanak yang belum fasih membaca.

“Hingga kini sudah lebih 5,000 ibu bapa memilih untuk memasukkan anak mereka dari usia empat hingga ke 12 tahun ke kelas percubaan percuma ini.

“Malah, kita melihat ramai ibu bapa yang datang, rata-rata anak mereka berusia 6 tahun yang bakal mendaftar ke sekolah rendah masih lagi gagal membaca dengan baik.

“Apa yang kami boleh simpulkan kelemahan itu ada yang berpunca daripada masalah anak yang kurang fokus dan juga kegagalan guru menangani masalah gaya pembelajaran anak-anak yang berbeza, menyebabkan ramai yang tercicir,” katanya.

Kata Zalma lagi, sasaran syarikatnya juga lebih menumpukan kepada dua golongan.

“Pertama, kanak-kanak yang belum masuk ke tadika atau sekolah rendah tetapi ibu bapa mahu mereka boleh membaca lebih awal. Kedua pula dalam kalangan murid yang sudah bersekolah iaitu tahun satu hingga enam tapi tetap gagal membaca hingga dimasukkan ke kelas pemulihan.

“Program pengajaran dianjurkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kelas percubaan percuma dalam talian itu mengehadkan satu kumpulan terdiri daripada tujuh kanak-kanak supaya memudahkan pengajar memberi perhatian kepada semua secara ‘one to one,” katanya.

Hasil pembelajaran dari kelas percubaan percuma ini ternyata memberi kegembiraan kepada ibu bapa apabila anak mereka dapat menguasai teknik bacaan dalam masa sesingkat 1 jam setengah.

“Seterusnya kita alu-alukan ibu bapa untuk menyertai kelas berbayar kami dengan tiga pakej dan pilihan jangka masa.

“Mereka boleh pilih untuk daftarkan anak mengikut target penguasaan membaca yg di ingini ibu bapa iaitu lancar membaca dalam masa 1 bulan, 3 bulan ataupun 6 bulan.Tempoh paling banyak menjadi pilihan ibu bapa ialah selama tiga bulan,”katanya.

Zalma menjelaskan pada awalnya kelas intensif membaca yang ditafsir sebagai pasaran kecil ini dilihat tiada kepentingan dan impaknya untuk diketengahkan.

“Namun selepas diamati seiring dengan pengalaman saya dalam pendidikan awal kanak kanak, ia adalah mula menjadi trend hingga jadi keperluan utama anak anak sebelum mulai melangkah ke Tahun Satu.

“Saya melihat ibu bapa tidak boleh bergantung kepada pra sekolah atau tadika semata-mata untuk beri pendedahan awal anak mereka dalam kemahiran membaca.

“Jadi kehadiran syarikat dan misi kami ini mampu menjadi langkah awal untuk kanak-kanak menguasai dan terdedah dengan kemahiran membaca,” katanya.

Tambahnya, satu kepuasan juga apabila melihat testimoni kejayaan anak-anak yang menyertai program yang dianjurkan Minda Optima dengan pelbagai latar belakang masalah bacaan.

“Ada pelajar kami yang mengalami kesukaran membaca kerana ada masalah disleksia , tetapi selepas menyertai 24 sesi kelas sudah berjaya menghabiskan silibus dan membaca buku cerita secara berdikari.
Ada yang baru sertai dua tiga sesi pun sudah boleh lancar membaca dengan izin-Nya.

“Malah bukan sesuatu yang pelik ada pelajar di usia 15 tahun juga menyertai kami sama ada keciciran atau ketinggalan dalam kelas di sekolahnya. Ada yang tak boleh ‘catch up’ dan fokus di sekolah pun kita bantu.

“Tak ketinggalan ada testimoni pelajar yang sudah 3 tahun ke tadika dan mencuba perbagai kaedah bacaan tapi masih gagal, namun berjaya membaca setelah menyertai program bacaan di Minda Optima dan ambil pakej sebulan setengah tetapi sudah pantas membaca,” katanya.

Sempat ditanya apa keistimewaan yang ada hingga boleh kekal relevan hingga kini, Zalma memberitahu mereka mengutamakan pendekatan linguistik.

“Masuk kelas atau program kami anjurkan pun tanpa ada persyaratan tertentu. Ia termasuk dengan cara tidak menekan kanak-kanak untuk menghafal huruf atau abjad.

“Sebaliknya kami mengajar mereka mereka menggunakan teknik serta kaedah penggunaan posisi mulut dan kedudukan alat artikulasi yang betul bagi menghasilkan sesuatu bunyi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya