Kunto Aji beraksi di DFP Ogos depan - Utusan Malaysia

Kunto Aji beraksi di DFP Ogos depan

Kunto Aji beraksi di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC 19 Ogos depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur: Peminat Kunto Aji bakal berpeluang menyaksikan penyanyi kelahiran Yogyakarta, Indonesia itu beraksi di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) 19 Ogos depan.

Ketua Pegawai Eskekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata pihaknya gembira kerana buat julung kalinya berpeluang membawakan Kunto atau nama sebenarnya Kunto Aji Wibisono ke negara ini.

“Kami bersyukur dan teruja dengan sokongan yang diberikan para peminat terhadap Fabulous Friday: Wings yang berlangsung dua hari pada Julai lalu.

“Kali ini, kami mempersembahkan Kunto Aji yang sesuai dengan selera dan kehendak para penonton pada masa kini.

“Muziknya yang berkualiti dan melodinya yang kuat dirasakan sesuai berkumandang di Dewan Filharmonik Kuala Lumpur,” ujarnya.

Kunto yang pernah menerbitkan album Generation Y pada 2015 dan Mantra Mantra (2018) akan membawakan lagu-lagu hitsnya termasuk Pilu Membiru.

Kunto Aji pernah memenangi anugerah Breakthrough Artist of the Year pada Indonesian Choice Awards 2015 dan Anugerah Album Terbaik serta Artis Solo Lelaki atau Wanita
Alternatif Terbaik di Anugerah Musik Indonesia 2019.

Tiket Fabulous Friday: Kunto Aji dijual pada harga RM525 (Meet & Greet), RM325 (Diamond) dan RM225 (Platinum) dan boleh dibeli menerusi laman www.dfp.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya