Kamali, daripada jurufoto ke pembaiki kamera

Kamali, daripada jurufoto ke pembaiki kamera

Kamali sedang membelek sensor UV IR filter kamera Phase One.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

‘Lebih mudah mengambil gambar daripada membaiki kamera’, itulah kata-kata Kamali sepanjang perbualan kami berhubung kamera dan fotografi ketika bertemunya baru-baru ini.

Kamalizahri Abdul Malik atau lebih senang dipanggil Kamali bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional Kuantan dalam bidang elektronik dan menamatkan Diploma Fotografi di ITM pada tahun 1992.

Pernah bekerja di beberapa syarikat penerbitan utama sebelum beralih angin ke bidang lain.

Gabungan pembelajaran dan pengalaman kedua-dua bidang ini beliau mula berjinak-jinak dengan mencuba membaiki kamera tanpa mengikuti mana-mana kursus secara formal.

Mengikuti pembelajaran secara dalam talian seperti Youtube, nota dalam talian dan buku-buku manual banyak membantu beliau memahirkan lagi karier ini.

Pendidikan asas Kamali sebagai jurufoto sedikit sebanyak membantunya mempelajari dengan cepat.

Percubaan pertama membuka komponen lensa 18-70mm untuk menghilangkan fungus di permukaan kanta memakan masa lebih kurang tujuh hari untuk disiapkan.

Menurut Kamali, antara cabaran lensa untuk dibaiki adalah M.Zuiko 14-42mm kerana saiznya agak kecil berbanding dengan lensa lain.

Setiap cabaran membaiki peralatan kamera itu adalah berbeza-beza, ada yang mudah dan ada yang susah, ia bergantung kepada kerosakan kamera atau lensa tersebut.

Selain mengenakan bayaran ia turut membantu rakan-rakan jurufoto untuk menjimatkan kos membaiki kamera berbanding di pusat-pusat servis yang diperakui.

Menurut Kamali, kepuasan membaiki kamera sangat berbeza daripada mengambil gambar. Untuk keterangan lanjut: https://www.facebook.com/ImageBasedServices.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya