Jangan beri persepsi tidak elok - Siti Nurhaliza

Jangan beri persepsi tak elok – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, menepis dakwaan segelintir pihak yang menuduh pihaknya sengaja memilih tarikh sama dengan beberapa konsert artis lain untuk menganjurkan showcase Queen of the Night Siti Nurhaliza.

Kata ibu dua cahaya mata itu, tanggapan tersebut tidak sepatutnya wujud memandangkan rancangan untuk membuat konsert yang meraikan golongan B40 itu telah dibuat lebih awal.

“Tiada istilah disengajakan atau tidak. Saya menerima lamaran untuk menjayakan konsert itu lama dahulu.

“Pada masa yang sama, saya tidak merancang untuk membuat sidang media bagi showcase itu kerana tiket sudah pun habis dijual.

“Namun, atas cadangan pihak penganjur, kami buat,” jelasnya.

Siti berkata demikian pada sidang media Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza, di ibu kot, baru-baru ini.

Showcase Queen of the Night Siti Nurhaliza bakal dianjurkan pada enam Ogos depan.

Penganjurannya diperkatakan netizen apabila beberapa artis tanah air seperti Ziana Zain dan Anuar Zain dan Datuk Aishah turut menganjurkan konsert pada tarikh yang sama.

Dalam masa sama, Siti memohon pihak yang mempertikai tidak terus memanjang-manjangkan isu tersebut.

“Bagi saya, setiap artis ada kelebihan dan kekuatan masing-masing.

“Saya minta agar jangan beri persepsi tak elok. Masing-masing tengah cari rezeki.

“Peminat juga mahu melihat penyanyi kesukaan mereka. Jadi, tak ada istilah sengaja atau tidak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya