PETALING JAYA: Pelakon versatil, Sharifah Sakinah, mencuri perhatian warganet apabila memuat naik sekeping foto di Instagram yang memperlihatkan imej rambut terbaharunya.
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama popular Girlfriend Aku Dari Neraka itu tampil dengan potongan imej rambut hampir botak.
Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pengikut dan rakan artis memuji penampilan terbaharunya itu menerusi ruangan komen.
“Oh my god (oh tuhanku) Kinah! (nama panggilan) Bergaya!” komen pelakon Hun Haqeem.
“Aku tidak boleh move on. Handsome,” komen juga pelakon dan penyanyi Janna Nick.
“Weh, nice teruk!” komen pelakon Hafreez Adam.
Selain memberikan pujian, segelintir warganet juga meluahkan hasrat untuk tampil dengan imej yang sama seperti Sharifah Sakinah.
“Teringin nak cukur rambut walaupun sekali, tapi stres pula kalau tiada rambut, rambut panjang pun stres. Huhu,” komen @ahliafakhri.
“Okey lah, saya pun nak buat. Nak bertanya kepada suami dahulu…” komen @roseminhaj. – UTUSAN