Gelak tawa Zalina Azman masih terngiang - Azwan Ali - Utusan Malaysia

Gelak tawa Zalina Azman masih terngiang – Azwan Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Dia satu-satunya personaliti TV3 yang tidak ‘fake’ bila berjumpa dengan saya. Memang perahsia tetapi dia baik hati. Selalu merendah diri walaupun kami dari dua dunia penyiaran berbeza.”

Itu luahan selebriti sensasi, Azwan Ali apabila ditanya tentang hubungannya dengan bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas.

Mengakui terkejut dengan berita itu, Azwan berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Zalina adalah ketika bekas pengacara Money Matters itu belum berhijab.

“Kita seganlah sebab dia bahagian berita, saya pula hiburan. Tetapi Zalina ini memang baik dan merendah diri. Kalau jumpa kami selalu berborak tentang hal lain, tak sentuh peribadi sangat. Saya pun hormat dia.

“Masih ingat lagi gelak tawa dia. Dia panggil saya Azwan. Itu yang terngiang-ngiang bila tahu dia hilang. Dia memang agak kecoh sedikit, cuma itulah bila sentuh hal privasi dia diam,” kongsi Azwan.

Semalam, media tempatan melaporkan, polis giat mencari Zalina atau nama sebenar, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.

Zalina, 58, dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.

Azwan dalam pada itu memohon semua yang mengenali Zalina untuk mendoakan semoga bekas pengacara itu segera pulang dan berada dalam keadaan selamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya