Dazrin memilih bukan bererti menolak

Dazrin memilih bukan bererti menolak

Dazrin Kamarudin masih dihujani tawaran berlakon namun lebih memilih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kurang muncul di skrin televisyen bukan bererti sudah tidak laris, sebaliknya, pelakon Dazrin Kamarudin ini masih dihujani tawaran berlakon.

Walau bagaimanapun, Dazrin mengakui dia perlu mencari alternatif pendapatan tetap demi menyara kehidupan.

“Saya masih aktif berlakon cuma lebih memilih sebab terbabit dalam dunia bisnes.

“Dulu bujang lain, saya terima semua tawaran. Kini saya memilih sebab perlu bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pertimbangan tawaran berlakon, pelakon yang popular selepas menyertai program realiti Fear Factor Malaysia itu berkata, dia cuba berusaha menjayakan karya-karya garapan daripada pihak produksi yang dikenalinya.

“Tapi saya juga terbuka untuk menjayakan watak utama atau kemunculan istimewa daripada mana-mana pihak produksi lain,” kongsinya.

Kata Dazrin lagi, hal demikian dilakukan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Sekarang kalau tersalah langkah, ahli keluarga nak makan apa? Jadi saya kena melangkah dengan penuh berhati-hati.

“Pilihan sekarang ini adalah mengimbangi dua bidang dan saya perlu lebih waspada, supaya kedua-duanya selari. Secara peribadi bagi saya, anak seni ini tiada pendapatan tetap.

“Rezeki di tangan produser, dari pengalaman dan pengamatan saya, ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Bayangkan setahun tiada job siapa nak bagi makan?,” jelasnya.

Tambahnya bisnes di bawah kendalian sendiri manakala lakonan tiada siapa dapat menilik nasib masa depan sendiri.

Penerbitan dan pengarahan

Selama 12 tahun berkecimpung sebagai seorang pelakon, sudah tiba masanya Dazrin menggunakan pengalamannya untuk terjun ke bidang penerbitan dan pengarahan.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni dalam bidang Video dan Media (Sinematografi) dari Western Michigan University Amerika Syarikat (AS) ini berkata, garapan lebih sedekad itu akan digunakan sebaik-baiknya menerusi pengajian tersebut.

“Insya-Allah saya akan mula terjun dalam bidang penerbitan dan pengarahan pula.

“Selama ini saya berlakon untuk timba pengalaman terlebih dahulu. Kena tahu selok-belok dan belajar daripada pengarah berpengalaman dan terapkan dalam diri serta hasilkan karya sendiri,” ujarnya.

Mengimbas perjalanan sebagai anak seni, Dazrin melihat landskap hiburan sudah berubah.

“Saya lihat ramai pelapis baharu seperti sudah terpesong lebih kepada mencari populariti.

“Zaman saya bukan media sosial dan kejar pengikut semata-mata, sebaliknya buat atas dasar suka dan seronok serta menjiwai supaya penonton percaya bahkan terhibur dengan lakonan kita,” katanya.

Dalan perkembangan terkini, pengusaha bisnes Al Aqsa Carpets, Dazrin mengalu-alukan mana-mana pihak masjid dan surau untuk menghubunginya bagi bantuan penyediaan permaidani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya