Albina keliling dunia dengan biola, kecapi

Albina keliling dunia dengan biola, kecapi

albina
Instrumen beri impak berbeza kepada pemain dan pendengar. Bunyi kecapi merawat jiwa Albina.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Tamat pengajian dari pusat Konservatori di Rusia, saya terus mengembara ke seluruh dunia menimba pengalaman bermain alat muzik biola dan kecapi. Saya berkhidmat secara kontrak sekitar tiga hingga enam bulan di Timur Tengah, Asia, Eropah dan Amerika.

“Kenangan berkerja di kapal persiaran Disney antara paling menarik. Saya berpeluang main biola dan kecapi di pelbagai tempat dan acara berbeza,” kata Albina Romanova, 32.

Pemain profesional biola dan kecapi asal Kazan, Rusia ini, memberitahu biola, muzik sangat emosi yang boleh membawa pelbagai perasaan seperti marah, bertenaga atau gelisah.

Kecapi sebaliknya lebih merehatkan dan beri meditasi dan mengubati jiwanya.

“Instrumen beri impak berbeza kepada pemainnya dan pendengar. Biola adalah alat melodi sementara kecapi lebih kepada harmoni. Gabungan kedua-duanya menjadikan ia sangat sempurna,” katanya membicarakan perbezaan peralatan muzik bertali itu.

Negara pertama Albina bina kerjaya ialah Oman. Beliau bermain muzik klasik bersama pemain piano lainnya di sebuah hotel tempatnya bekerja.

“Hotel tempat kerja saya itu sentiasa menganjurkan acara antarabangsa, konsert dan mesyuarat politik.

“Saya menyambut tetamu dengan bermain muzik. Saya kagum dengan suasana di negara Arab yang sangat berbeza daripada apa yang saya jangkakan sebelum itu. Sangat santai dan tenang,” ujarnya.
Albina turut membina pengalaman di Macau. Dua kali beliau dijemput ke negara kepulauan di Asia itu bermain kecapi dan biola.

“Penduduknya bekerja keras dan mereka mahu semuanya sempurna. Rambut rapi dan pakai sejenis kasut sahaja. Pakaian kena tip top seperti memakai topi yang besar di kepala. Di sana ada pelbagai undang-undang. Bagi saya ia bukanlah begitu baik untuk mengembangkan kreativiti tetapi berjaya mendapatkan hasil yang baik dan persembahan luar biasa,” katanya.

Berbeza pengalamannya sewaktu berkhidmat di kapal persiaran Disney. Dia mendapat kebebasan berkarya mengikut cita rasanya, bahkan turut diberikan apa sahaja diingini seperti alat kelengkapan serta logistik bagi memudahkan kerjanya.

Pagi di negara berbeza

Albina sangat beruntung kerana menurutnya, salah satu sebab utama kenapa pemain muzik ingin mendapatkan pekerjaan di kapal persiaran adalah setiap pagi, anda bangun di negara berbeza.

“Anda boleh menerokai persisiran pantai pada waktu pagi dan kembali semula pada sebelah malamnya untuk melakukan persembahan. Bukankah ini merupakan impian setiap orang untuk melancong dan membina kerjaya sebagai pemuzik?” Tambahnya yang kini telah memasuki bulan kedua berkelana di Malaysia.

Albina berkahwin dengan lelaki Melayu empat tahun lalu.

Cinta dengan suami berputik sewaktu beliau ke London menghadiri program antarabangsa.

“Waktu itu suami sudah menetap lapan tahun di London. Selepas bernikah majlis perkahwinan kami diadakan di Rusia,” katanya.

Banyak berkelana ke pelbagai negara bagaimanapun Albina menyifatkan Malaysia sebagai negara sesuai untuknya.

“Makanan, cuaca dan penduduknya bagus belaka. Saya bertuah mempunyai suami dari Malaysia. Sebaik sahaja kami berhijrah ke Malaysia, saya teruja melihat dan merasai kepelbagaian budaya tempatan,” katanya.

Kepelbagaian itu suatu keunikan buat Malaysia dan ia membantu Albina membina kerjaya sebagai pemain muzik.

“Saya suka muzik Melayu, terutamanya yang dibuat dalam bentuk filem. Mudah, bermelodi dan menarik. Saya sedang olah dua lagu tempatan Melayu ke dalam bentuk permainan biola,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya