PETALING JAYA: Pelakon, Rozita Che Wan, memaklumkan akaun Instagram (IG) puterinya, Aaisyah Dhia Rana telah hilang.
Menurut Rozita yang dikenali sebagai Che Ta, IG anak perempuannya yang mempunyai jumlah pengikut sebanyak 1.5 juta itu lesap begitu sahaja.
Selain itu, dia juga memaklumkan akaun tersebut tidak dapat dimiliki semula.
“Salam semua, yang selalu tanya kami mana pergi akaun IG anak kami yang 1.5 juta itu.
“Sudah tidak boleh recover, hilang terus. Tiada rezeki hendak dapat semula,” kongsinya di Instagram.
Pada masa sama, pelakon drama Kak Marr itu reda dengan perkara tersebut dan mendaftarkan akaun baharu untuk Aaisyah.
“Tidak mengapa… buat lain. Kalau hampa (anda) tidak ikut lagi, boleh ikut @aaisyahdhiaranaofficial.
“Hampa kalau nampak hantaran ini, pergi ikut akaun baharu dia ya @aaisyahdhiaranaofficial,” tulisnya.
Sekadar informasi, Che Ta dan suaminya yang juga pelakon, Zain Saidi mendirikan rumah tangga pada
Disember 2013.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.