Bagi penerbit syarikat Pencil Pictures Sdn. Bhd, Datuk Normashayu Puteh, memang ada penerbit atau pun stesen televisyen yang bersifat tipikal.
“Tak dinafikan perkara ini memang berlaku. Tiada rupa dan pakej, tak boleh jual. Kalau di negara luar tidak macam itu. Cuma, konsep dan budaya luar itu kalau nak dibawa masuk ke dalam negara kita ini, sedia maklumlah memang payah.
“Bagi saya, paling penting adalah penjiwaan pelakon. Misalan bakat dan rupa tiada, susahlah nak jual,” ujarnya.
Begitu pun, jelas penerbit yang selesa disapa Ayu Puteh, dia tidak ambil peduli dengan kriteria pelakon perlu ada rupa, asalkan boleh menggalas watak berkenaan.
Mengulas ada segelintir pelakon yang mencantikkan rupa dengan pembedahan plastik, Ayu Puteh menyokong tetapi tidak sehingga mengubah ciptaan Tuhan.
“Selagi tidak cacat, tetap sempurna. Bukan mengubah kejadian Tuhan, tetapi mencantikkan diri apa salahnya.
“Bagi saya selagi sempurna, ada pelbagai cara untuk menampak diri itu cantik dan elok, contoh dengan bersolek atau suntikan botox. Jadi para pelakon janganlah meletakkan diri terlalu di bawah.
“Jangan salahkan mereka jika mencantikkan diri sebab cari makan. Selebriti memang kena jual muka untuk keluar TV,” katanya