Terharu juga Cik Bunga dengan kasih sayang yang dicurahkan oleh Sheila Rusly pada menantunya, Elisya Sandha. Mungkin betul kata orang, jangan menilai orang daripada paras rupa.
Kalau tengok pada luaran, memang wajah Shiela ini sentiasa nampak garang. Macam cikgu disiplin. Tapi siapa sangka, hatinya murni dan begitu baik dalam melayan Elisya sebagai seorang menantu. Eh, bukan menantu dah, macam anak sendiri Shiela sayangkan Elisya.
Khabarnya, Shiela sebenarnya sudah lama menginginkan anak perempuan. Tapi ditakdirkan dia dikurniakan dua anak lelaki. Adakala kata Shila, dia cemburu juga tengok orang lain ada anak perempuan, cucu perempuan sebab dia memang mahukan sangat.
Jadi, bila Elisya hadir dalam hidup mereka sekeluarga, dia anggap ia sebagai satu kurniaan Ilahi. Macam doa yang akhirnya termakbul. Bila kemudiannya Elisya pula hamil, semakin bertambahlah rasa gembira di hatinya.
Kalau sudah menantu pun sayangnya bukan main begitu, nanti bila cucu sulungnya selamat dilahirkan, Cik Bunga percaya, memang akan paling menjadi perhatianlah si kecil itu nanti.
Apa lagi bayi yang bakal dilahirkan itu perempuan. Makin meriahlah rumah Shiela selepas ini. Apa pun, Cik Bunga pun tumpang gembira dengan keluarga ini. Ternyata, Tuhan itu Maha Mendengar.
Dia akhirnya kurniakan juga anak perempuan, malah bertambah serinya buat Shiela menerusi kehadiran cucu perempuan nanti. Mesti comel bayi itu. Semoga semua urusan Shiela dan Elisya sekeluarga dipermudahkan-Nya, Amin