Razzuan Rosli Akur tunda tiga kali ada hikmah

Razzuan Rosli Akur tunda tiga kali ada hikmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas tiga kali pelancaran lagu Akur ditunda, penyanyinya, Razzuan Rosli menyifatkan ada hikmah untuk menyanyi secara langsung dengan lebih yakin.

Jelasnya, perancangan untuk mengeluarkan lagu yang siap dirakam pada tahun 2020 itu terpaksa ditunda disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebenarnya lagu ini siap dirakam pada 2020. Jadi perancangannya, enam bulan selepas rakam nak dilancarkan. Tapi tiba-tiba PKP 2.0, jadi tunda dulu. Kiranya, sampai tiga kali juga ditunda sebelum dilancarkan.

“Pada masa itu saya fikir mungkin ada sebab dan hikmah semua ini berlaku. Mungkin kalau lancar pada masa itu, saya sendiri tak yakin boleh menyanyi secara langsung sebab saya bukannya penyanyi yang bagus sangat. Perlukan banyak latihan.

“Jadi sepanjang dua tahun ini saya teruskan berlatih dan sekarang sudah ada keyakinan untuk menyanyikan lagu tersebut secara langsung,” katanya.

Kata Razzuan lagi, proses rakaman adalah salah satu pengalaman yang menarik dalam hidupnya.

“Saya tak pernah tengok orang buat rakaman lagu, malah jauh sekali nak lalui situasi merakamkan lagu sendiri. Jadi pertama kali saya masuk studio. Saya macam ‘jakun’ sedikit, dan baru tahu macam ini keadaan dalam studio.

“Selalu menyanyi di karaoke, kita dengar suara kita. Tapi dalam studio, bila nyanyi, dengar dalam telinga saja. Kalau salah sebut, atau salah ‘key’, dengar jelas kesalahan itu. Pelik juga sebab tak biasa.

“Proses rakaman mengambil masa satu hari. Susah juga untuk saya, sebab saya bukan penyanyi. Malah menyanyi pun untuk suka-suka. Pendek kata, a bit struggle untuk saya siapkan lagu ini. Tapi saya seronok dengan perjalanan ini,” katanya.

Dia yang juga merupakan seorang pelakon berkata, proses rakaman video muzik (MV) berbeza dengan penggambaran drama yang selalu dilakukannya.

Mengisahkan mengenai cinta dan perhubungan yang putus di tengah jalan, Razzuan berharap lagu Akur diterima baik oleh khalayak.

Sebagai informasi, Akur diterbitkan oleh Universal Music Malaysia, hasil ciptaan Shah, Tam Cobain, Sin Syim dan lirik oleh Sulu Sarawak.

Lagu tersebut sudah berada di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube, Razzuan Rosli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya