Pelakon wanita dah tak kuasa layan suami ada skandal - Utusan Malaysia

Pelakon wanita dah tak kuasa layan suami ada skandal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelakon wanita yang seorang ini, memang cantik jelita orangnya. Apal agi kalau sudah ada campuran darah Mat Salleh pula. Cantiknya dia ini, ibarat Cik Bunga pun boleh jauh tercampak ke kutub selatan!

Tapi sayang, betul juga apa yang orang kata. Adakala kecantikan seorang wanita itu tidak mampu memberi jaminan yang si suami tak akan bermain kayu tiga.

Inilah yang berlaku pada pelakon wanita itu. Cik Bunga dapat tahu yang pelakon ini sudah lama memendam rasa tentang perangai suaminya yang disangka akan berubah selepas berkahwin. Ya, maksudnya, sebelum kahwin, berkali-kali juga lelaki itu mencuranginya, tapi dia tetap memaafkan.

Iyalah, orang perempuan ini, kalau dia sudah sayang, dia pasti akan taruh harapan tinggi yang pasangannya itu akan berubah. Tapi ternyata, lepas kahwin dan dah ada anak satu, si lelaki itu masih berperangai sama. Bukan seorang perempuan, ada dua tiga spare part orang kata. Pelakon itu tahu apa yang berlaku. Tapi ibaratnya sudah tak kuasa dah nak bergaduh tentang isu sama.

Jadi buat bodoh adalah jalan terbaik yang dilakukan oleh artis ini. Mungkin juga dia bertahan sebab memikirkan anak yang masih kecil dan tak tahu apa-apa. Tapi geram jugalah dengan suaminya itu. Apa masalah dia agaknya sampai tak cukup-cukup lagi dan cari perempuan lain?

Cik Bunga kasihan juga dengan pelakon itu. Tapi satu yang Cik Bunga kagum, dia tetap ‘berlakon’ seolah-olah rumah tangganya bahagia sepanjang masa. Di media sosial tak pernah tunjuk sedih. Walhal, di belakang, Tuhan sahaja yang tahu apa rasa yang ditanggung dan terbeban di hati.

Cik Bunga harap suatu masa nanti, dia dapat jawapan terbaik untuk kehidupannya. Ingat, senjata kita sebagai hamba-Nya, doa!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya